Nirmala
Ahad, 28 Januari 2024, ϟ 0 shout(s)

Insan nirmala,
Aku bukan insan nirmala,
Tidak ternoda, bersih, suci,
Aku pendosa dimuka bumi.

Aku cuba jadi sahmura,
Yang mulia disisi agama,
Aku cuba jadi bianglala,
Yang bersinar bak cahaya.

Hakikat kita hamba,
Petualang mengejar dunia,
Walau tahu cuma sementara,
Kenapa akhirat kita bercanda.

Maka aku berhenti,
Kerana hasilnya,
Bakal binasa,
Aku ingin jadi sujana.

Nukilan Kata
28 Januari 24
9.37ptg


new past